30.6.08

Petua (Part 4)

Saya dapat petua ini beberapa tahun lepas, semasa saya ke Chana, Thai. Di farm abg. Hassan (HSC).

Sehari sebelum tanding pada sebelah petang hari beliau beri burungnya bermain pasir. Caranya tutup bawah sankar dibuka dan letakkan sangkar-sangkar burung yang hendak ke pertandingan di atas pasir yang disediakan khas di tengah kawasan yang terbuka. Pasir perlulah yang baik dan bersih.

Lihat, burung-burung anda akan mematuk-matuk pasir, bermain dan berkubang bersama pasir tadi seperti burung liar. Perhatikan dan awasi sangkar-sangkar supaya tidak di dekati kuching, ayam dan lain-lain yang boleh mengejutkan burung.

Tujuannya untuk menenangkan burung, mendatangkan mood yang baik dan meningkatkan stamina burung.



4 traffic only : merbuk, ketitir, perkutut, nakkhao

28.6.08

Pembiakan/ Pesum/ Breeding

Saya tidak beberapa arif sangat dalam hal-hal pembiakan burung Merbuk. Saya hanya ada 4 pintu ladung/ reban sahaja. Beberapa petua dan pengalaman yang telah saya dapat adalah sepert:


LADUNG/ REBAN
  • Lokasi ladung/ reban perlulah berada di kawasan aman lagi tenteram, jauh dari ganguan terutama kucing dan tikus pada waktu malam. Dan bukan di tempat laluan orang ramai. Ladung juga baik jika berada di tempat yang agak tinggi. Juga terdapat sedikit cahaya matahari.
  • Saiz Ladung. Saiz ladung saya ialah 2.5 kaki x 5 kaki dan tinggi 6 kaki. Ianya boleh juga di buat kecil. Lagi besar saiz ladung lebih selesa pada burung.
  • Kayu tenggek. Letakkan hanya 1-2 kayu tenggek sahaja untuk burung bertenggek. Satu berhampiran kawasan sarang burung. Tujuan tidak meletakkan banyak kayu tenggek ini adalah untuk memudahkan pasangan burung cepat bersuai kenal, kerana jika banyak kayu tenggek ini dikuatiri burung lebih suka duduk berjauhan.
  • Makanan. Menurut petua, makanan dari jenis yang berbeza perlulah diasingkan. Contoh, sekoi putih diletakkan didalam satu bekas dan padi didalam bekas yang lain. Petua ini ada kebenarannya, kerana dari pemerhatian saya ianya berhasil.
  • Pasir Laut. Letakkan sedikit pasir laut, bertujuan untuk keselesaan burung bermain pasir. Burung di alam semulajadi juga memang gemar berada di kawasan berpasir. Mangapa pasir laut? Ini adalah kerana kalsium yang banyak pada pasir laut yang di makan burung akan menguatkan kulit telur dan menyihatkan janin serta burung itu sendiri. Pasir juga diperlukan didalam sistem pencernaan burung.
  • Sarang. Buatkan tempat bersarang di bahagian atas berhampiran bumbung ladung. Sarang sebesar 2 kali saiz burung, boleh di buat dari dawai mata punai atau raga/ mangkuk sarang burung yang banyak di jual di kedai burung. Pastikan sarang tidak berada di kawasan yang panas terutama jika atap ladung diperbuat dari zink. Dikhuatiri akan merosakkan telur burung dan induk juga tidak akan selesa. Bahagian atas perlulah di tutup samada menggunakan kain atau papan terutama di sekeliling tempat bertelur. Burung akan lebih selesa untuk bertelur dan mengeram di kawasan tertutup.
  • Kaki/ tonkat ladung perlulah di buat supaya ianya tidak dapat dinaiki semut, cicak dan lain serangga yang boleh menganggu ketenteraman burung terutama semasa proses mengeram telur. Caranya kaki ladung boleh dibalut dengan kain yang dilumur minyak hitam yang telah digunakan, atau kaki tadi diletakkan di dalam bekas yang mengandungi air serta di masukkan ikan-ikan kecil seperti ikan laga untuk mengelakkan nyamuk membiak.
  • Bagi kawasan yang berdekatan hutan digalakkan untuk menyimpan dan menyediakan buluh panjang, kerana ditakuti ular akan memasuki ladung. Ular kerap bersembunyi diatas bumbung ladung. Kajadian ini telah berlaku pada saya sendiri.

PASANGAN

  • Pasangan seelok-eloknya di satukan dahulu didalan sankar 2 minggu hingga sebulan. Perhatikan tingkah laku mereka, terutama pada malam hari, sama ada pasangan itu tidur berdekatan atau tidak. Jiaka pasangan itu tidak sesuai, tukar.
  • Elakkan pasangan itu dari bergaduh, memukul di antara satu sama lain. Pergaduhan ini boleh membawa maut. Untuk mengelakkan pasangan bergaduh, ikat 3-5 helai bulu sayap pada burung yang memukul, yang mendominasi ladung. Burung masih boleh terbang cuma ia tidak terus memukul pasangannya. Tunggu sehingga mereka bersatu/ kamceng barulah di bukakan ikatan itu. Atau cara lainnya, sapukan/ lumurkan pisang diseluruh badan burung dominan tadi.
  • Gunting sedikit bulu di bahagian bawah pungung/ bontot burung. Bulu yang tebal akan menyebabkan proses pensenyawaan tidak berhasil kerana gen-gen dari burung jantan tidak banyak masuk dan telur akan menjadi kosong.
  • Burung yang telah secocok dan bersenyawa akan membina sarang dalam minggu pertama, bertelur dalam masa 2 minggu dan mengeram dalam 2 minggu. Semasa proses ini burung sangat sensetif tidak boleh diganggu.

ANAK BURUNG

  • Setelah berhasil, induk akan memberi makan air liur dari mulut induk kepada anak burung. Anak burung perlulah dibiarkan sehingga ia pandai makan sendiri (lebih kurang 2 minggu dari tarikh menetas). Di Thai anak burung juga di tetaskan dan diasuh oleh burung tekukur jawa/ balam. Dengan ini pasangan tadi boleh terus menghasilkan baka baru setelah telur tadi dipindahkan.
  • Anak-anak burung perlu dijaga dengan rapi pada bulan-bulah pertamanya, kerana serangan penyakit kerap berlaku pada usia sebegini, terutamanya penyakit cacing. Anak burung perlulah di beri makan ubat cacing pada usia 2 bulan.
  • Anak burung yang tidak mahu makan sendiri perlulah disuap makanan. Susu untuk anak burung ada di jual di kedai-kedai burung ternama terutama di Thai.
  • Penjagaan lain adalah sama dengan burung dewasa, dan kebersihan sangkar perlulah dititik beratkan.

27.6.08

Petua (Part3)

Antara ubatan moden yang sering saya gunakan :



  • Vitamin B, baik untuk menjaga kesihatan dan merawat burung yang sakit. Sebiji pil dipotong 4 dan disuap kepada burung setiap minggu.
  • Minyak Ikan, juga untuk menjaga kesihatan burung, dipercayai juga minyak yang licin dapat melancarkan suara burung. Sebiji minyak ikan (di rendam dalam air masak) setiap minggu bersama 7-10 biji kacang hijau.
  • Kalsium. Untuk burung yang dipesum/ kahwin. Diberi makan pada burung semasa kita melepaskan pasangan burung untuk di pesum bagi menguatkan kulit telur burung.
  • Detol. Untuk mandian burung. Sedikit detol dicampur bersama mandian bayi (yang tidak pedihkan mata) didalam bekas. Mandikan burung, dan bilas dengan air biasa. Tujuannya untuk mematikan kutu, hama dan virus-virus yang terdapt pada bulu burung.

4 traffic only : merbuk / ketitir / perkutut / nakkhao

26.6.08

Pemeliharaan dan Penjagaan

Menjaga burung merbuk tidak lah sukar sangat. Pekara yang asas hanyalah beri makan minum, menjaga kebersihannya dan jemur. Cuma kalau kita bercakap mengenai pertandingan, selain dari 3 pekara asas tadi kita juga perlu training, belaian serta kawasan yang sesuai untuk burung dan sebagainya.

  1. Makanan & Minuman perlulah diberi dari jenis yang baik-baik. Kambu, sekoi, padi, pulut hitam, kacang hijau dan lain-lain jenis makanan perlulah ditapis, dijemur atau di basuh dahulu. Seelok-eloknya makanan itu di campur dengan sedikit telur ayam kampung dan madu untuk menjaga kesihatan burung. Makanan di dalam mangkuk juga jangan lah dibiarkan lama, perlu dibersihkan untuk membuang segala habuk dan kotoran. Ditakut burung akan terhidu habuk, dan menganggu saluran penafasan burung. Air bolehlah diberi sekadar air masak, air hujan atau air mineral bagi mereka yang mampu.
  2. Kebersihan burung dan sangkar amat penting untuk memelihara burung. Burung perlulah diberi mandi seminggu sekali, samada basah kuyup, serdahana basah atau sedikit sahaja bergantung pada individu dan kemahuan burung. Kaji burung anda, jika mandian basah kuyup, perhatikan 2-3 hari selepas itu, adakah dia galak. Jika tidak, ubah cara mandian. Basahkan sepenuhnya bahagian ekor dan jaga supaya ianya tidak rosak/ putus. Bahagian ekor memainkan faktor terpenting pada stamina dan mood burung. Ekor yang rosak/ putus perlulah dibuang/ dicabut supaya ekor yang baru boleh tumbuh sempurna. Sangkar dan peralatan lain perlulah dibersihkan setiap 2-3 hari dan dibasuh setiap bulan serta dijemur.
  3. Jemur/ Anggok. Burung perlu dijemur sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Burung akan lebih sihat dan berbulu cantik jika dijemur dengan lebih kerap. Juga akan lebih rajin. Masa yang sesuai antara jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Elakkan jemur burung selepas 3 petang kerana terik matahari akan merosakkan suara burung.
  4. Training. Burung untuk pertandingan perlulah di latih /training di padang burung. Ini untuk melatih burung supaya lebih berani, membuatkan ia lebih jinak juga membiasakan ia menaiki kenderaan.
  5. Balaian. Menurut petua orang-orang lama, kita perlu berkomunikasi/ berbicara dengan burung, tapi cara ini tak saya pratikkan. Belaian saya sekadar mengusup-usup burung semasa mandi. Ianya baik untuk menjinakkan burung dan burung akan cepat mengenali tuannya.
  6. Kawasan persekitaran rumah serta di mana kita menggantung burung juga amat penting. sesetengah burung akan lebih form/ sihat di rumah batu, dan sesetengahnya di rumah papan. Sesetengah burung suka berada diluar rumah samada siang atau malam dan tidak bagi yang lain. Kawasan yang tidak sesuai juga boleh mengundang stress.

Pemahaman dan kajian terhadap burung anda penting, untuk memelihara burung bagi tujuan pertandingan kita perlulah berusaha sedikit untuk megetahui kemahuan burung kita. Tidak guna membeli burung ribuan ringgit kalau kita tak tahu apa kemahuannya dan burung itu akan merosot prestasinya. Anda juga perlu bertanya kepada penjual beberapa soalan seperti apa makanan kesukaan, di ruangan mana di gantung di rumah, cara mandian juga warna sankar yang biasa digunakan dan lain-lain untuk memudahkan anda menjaga burung itu seterusnya.

4 traffic only : merbuk / ketitir / perkutut / nakkhao

25.6.08

Petua (Part2)

Teringatkan burung C lama saya, burung yang paling banyak bagi "cup"/ piala kat rumah ni.
Burung dari farm DC, Jidek bro, Chana, Thai yang sudah agak tua. Pada asalnya kongnya tolak dan besar, tetapi sudah semakin berkurangan.

Cara saya : cari telur kerengga, ambil telur yang besar, telur yang akan jadi permaisuri kerengga. Ada terdapat 2 saiz telur. Suap kepada burung lebih kurang 5 biji. Telur yang lebih juga boleh disimpan didalam peti sejuk, dah boleh disimpan selama seminggu.

Keadah ini memang terbukti, kerana jika diberi, kongnya selalu mendapat markah penuh dalam pertandingan.




4 traffic : merbuk / ketitir / perkutut / nakkhao

23.6.08

Cara Memilih Anak Burung

Bagi peminat baru, mereka lebih suka membeli burung anak, berumur bawah setahun, kerana harganya yang lebih murah. Anak-anak baru yang baik mutunya dijual pada harga RM500 hingga ribuan ringgit. Pada hemat saya dan sedikit pengalaman membeli burung anak ini, risikonya sangat tinggi. Beberapa kali saya membeli burung anak, salah satu berharga RM2500 (anakmas), dari kecil masih berbulu anak jika didengar suaranya "guarantee" Champion. Angkatan sentiasa ada, air suara cantik, jalan tengah 7, kong tolak - comfem.

Satu tahun saya pelihara, tatang seperti anak mas, training tak tinggal, tapi perangainya tak berubah, kurang berbunyi di padang. Di rumah di OK. Beberapa kali masuk pertandingan, tapi tak pernah dapat bendera. Akhirnya masuk ladung/reban.

Maksud saya disini elakkan beli burung anak, saya galakkan belilah burung yang telah terbukti semasa pertandingan, pun bukan yang kita dengar di rumah penjual.

Tetapi jika anda hendak sedikit petua cara-cara memilih anak:

  1. Belilah anak dari baka yang baik, agak susah untuk kita tentukan cara ini, kerana kebanyakan burung datang dari Thailand.
  2. Pilih burung yang mempunyai kong terbaik yang anda boleh perolehi, kong memainkan peranan terpenting di dalam pertandingan. Tidak kira kong besar, kong tolak atau kong naik.
  3. Dengar air suara yang cantik, jelas (boleh didengar dari jauh), kristal dan ada angkatan.
  4. Cari jalan tengah 3-5. Selalunya burung A jalan 3 sudah memadai, C jalan 5 adalah terbaik. Jalan disini tidak termasuk angkatan dan kong.
  5. Pilih anak burung yang rajin sahaja dan tidak liar.
  6. Mempunyai dada yang lebar, leher yang panjang seperti cobra.
  7. Bentuk badan perlulah besar, tegap, dan berbulu kemas. Menurut petua semakin hitam lorek di tenkok burung menunjukkan burung itu berani/ lawan dan burung yang membongkok bila berbunyi menunjukkan burung tersebut rajin. Juga ekor yang meruncing menunjukkan kerajinan berbanding ekor yang berbentuk kipas atau rata dipenghujungnya.
  8. Mata yang jernih/ bersinar.
  9. Paruh yang besar dan pendek berserta lubang hidung yang besar.
  10. Tidak ada kecacatan di anggota tubuh.

Ini adalah petua dari pengalaman sahaja, tidak semestinya ianya terpakai untuk semua burung.

22.6.08

Petua (Part1)

Pada bahagian satu didalam tajuk petua ini saya akan ceritakan sedikit tumbuh-tumbuhan yang sering saya gunakan untuk burung merbuk saya. Perlu di ingat lain burung lain kemahuan dan cara penggunaan petua ini. Ada burung yang akan galak jika di buat salah satu cara dan tidak untuk burung lain. Jadi ingatlah, Kaji dan Study apa kemahuan penerimaan "antibody" burung anda. Juga bahan-bahan yang diberikan perlulah ngam-ngam/ cukup-cukup, tidak kurang atau terlalu lebih.

Buat masa ini saya belum mampu memasukkan gambar dan sedang berusaha untuk meletakkan gambar di blog ini.

  1. Pokok Ati-ati. Pokok ini adalah antara pokok wajib yang saya gunakan. Caranya, sehelai daun ati-ati sebesar duit siling 50 sen, dibelah tiga dan digentel sehingga sebesar kacang hijau dan di suap pada burung setiap minggu, bersama 6-10 biji kacang hijau. Dipercayai dan terbukti ianya dapat menyihatkan dan meningkatkan stamina burung. Juga baik untuk burung yang sakit, selalu monyok (mengembangkan bulunya).
  2. Daun Saga Kendi. Pokok yang menjalar ini diambil daun yang muda sebanyak 5-7 helai digentel menjadi sebesar biji kacang hijau dan di suap kepada burung kesayangan. Dipercayai ianya dapat meningkat kemerduan suara, lunak dan mudah menekan kerana getah yang licin dari daun saga kendi tersebut. Pokok ini jika digigit, kita akan merasa manis beberapa saat selepas itu, digunakan oleh masyarat Melayu lama untuk pegganti perasa gula di dalam mulut (minum air kosong selepas menguyah daun ini dapat merasakan kemanisannya).
  3. Daun Pokok Pucuk Manis. Pokok ini banyak terdapat di pasar tempatan dan masyarakat Melayu biasanya memasak daun pucuk manis ini sebagai ulam. Kegunaannya juga seperti pokok saga kendi, petua ini saya perolehi semasa ke Kelantan beberapa tahun lepas.
  4. Daun Ular/ Pasak Bumi/ Hempedu. Pokok yang pahit ini begitu baik juga untuk manusia sebagi mengubati penyakit kencing manis, juga jika diminum air rebusannya dapat menghilangkan panas badan. Daunnya diambil dan digentil sebesar biji kacang hijau, berikan pada burung 3-5 butir. Kaji burung anda, berapa biji untuk menbuatkannya galak pada keesokkan hari.
  5. Daun Petola Hutan/ Liar. Hanya petola liar digalakkan (menurut empunya petua, Hj. Yaakob, Klang). Buah dari pokok Petola ini kecil sebesar 2 kali ibu jari berbanding petola yang kita makan. Pucuk dari pokok diambil dan disuap sama dengan cara-cara diatas. Ingat, kaji burung anda.
  6. Daun Ketumbit. Cara dan kebaikannya sama seperti Pokok Saga Kendi dan Pucuk Manis, juga dapat menyihatkan burung.
  7. Daun Pokok Jepun. dipercayai dapat mengubati penyakit burung dan menyihatkan burung. Ambil daun dan gentil tiga butir disuap kepada burung selang 2 hari sehingga penyakit hilang.
  8. Daun tahi babi. Amat sukar dicari dan saya masih belum tahu namanya dalam bahasa Melayu. Pakar daun ini En. Ah Fat di padang Ampang. Dipercayai boleh menggalakkan dan meningkatkan stamina burung.

Coretan pejalanan ke Lubok Jong, Kelantan.

Dua minggu lepas seorang rakan, Mat Sg. Buluh, mengajak saya untuk bertanding suara burung merbuk atau lebih dikenali ketitir bagi masyarakat Kelantan di Lubok Jong, Kelantan. Mat memiliki burung-burung yang baik untuk pertandingan dan beberapa kali bergelar johan. Kebetulan saya ada seekor burung betina yang cantik suaranya dan ada ketegori D (remaja/ burung yang tak banyak berbunyi) dipertandingkan. Jadi saya bersetuju dengan pelawaan Mat, memandangkan burung betina saya kurang berbunyi.

Mat menjemput saya di rumah jam 3 petang, kami ke rumah Abg Mustapa yang memelihara burung C Champion Mat. Abg Mustapa agak pakar dalam melatih dan memperbaiki suara burung, beliau salah seorang pakar dalam mengikat burung yang suara buang atau kuak. Juga ada cara tersendiri untuk mencuci saluran penafasan burung menggunakan sejenis rumput. Akan saya ceritakan dengan lebih lanjut dalam tajuk petua nanti.

Kami bertolak jam 5 petang dari Kuala Lumpur. Sepanjang pejalanan kami bercerita isu-isu semasa, hal keluarga, perniagaan hampir tiada cerita burung lagi. Kami berdua banyak menghabiskan masa bersama keluar daerah untuk bertanding. Jadi cerita-cerita burung telah banyak kami bincangkan dahulu.

Mat masih serius dalam seni suara burung merbuk ini, berbanding saya yang sudah agak kurang tetapi masih mengikutinya. Kali ini beliau bertanding dalam kategori C, dan kami bawa bersama burung seorang sahabat (Nizam) yang ditumpangkan. Dengan kereta Wira Mat yang baru 2 hari ditukar gearboxnya kami meredah pejalanan ke Kelantan. Boleh dikatakan pejalanan ini bagi menguji gearbox kereta yang baru ditukar Mat. Makaniknya berpesan jika ada apa-apa berlaku didalam pejalanan ke Kelantan supaya menalifonnya. Mat sudah memaklumkan kepada makanik itu tujuannya menukar gearbox adalah untuk ke Kelantan. Bayangkan jika kereta itu menghadapi masalah di bahagian hutan di Gua Musang? Apalah yang boleh diusahakan makanik itu?

Sampai di pekan Raub, Mat teringatkan tuala dan pekakasan lain yang tak dibawanya, lalu kami singgah di pekan Raub. Selesai membeli-belah, bersama sedikit jajan, kami menyambung perjalanan. Jam 10 malam perut terasa lapar dan seni suara keroncong talah berbunyi. Cari-cari kedai yang agak 5 star tak jumpa-jumpa sepanjang pejalanan, hanya terdapat kedai-kedai tomyam yang agak suram. Sudah agak lama mencari dan beberapa kali berhenti untuk meninjau kedai di tepi jalan dan menyakitkan hati kereta di belakang, kami berhenti sahaja di kedai yang ada hanya 1 mejanya berpelanggan. Yang kami cari kedai yang penuh dengan pelanggan.

Selesai makan dan solat, kami menyambung perjalanan. Tak sampai 10 minit terdapat banyak kedai makan yang grand, dengan lampu nieon ala-ala Las Vages dan berpelanggan hampir 50% full. Aaduuhh... Pengajaran buat kami, lain kali INGAT di mana lokasi tempat makan dan timing bertolak biar sesuai. Jam 8-10 mlm time makan, kami berada di kawasan yang tidak mempunyai kedai yang best.

Masuk daerah Kota Bahru lebih kurang jam 11 malam, mencari-cari signbord Pasir Mas untuk ke Lubuk Jong. Semasa itu Mat bersuara hendak tidur di hotel, ikut hati saya terus ke padang sahaja, lelapkan mata sekejap dan jam 6 boleh tarik burung. Bolehlah dapat tiang tengah. Untuk tidak menghampakan sahabat saya mencari hotel, saya terus menuju ke Rantau Panjang. Sekatan polis saya redah je, sebab polis tak ada disitu, hanya tiang-tiang dan tayar-tayar polis beserta signbord "AWAS PEMERIKSAAN POLIS" yang ditinggalkan di pos kawalan sempadan. Lebih kurang jam 12.30 tengah malam kami sampai di 7Eleven Rantau Panjang, ternampak Ani motel diatas 7E tersebut. Terus saya check in, harganya agak murah dari RM35-Rm55. Cari Hotel dapat motel, Ok la, buat lelapkan mata 4-5 jam dan mandi pagi. Burung juga tidur dalam motel.

Jam 6 pagi hari pertandingan kami bersiap untuk ke padang. Selesai mandi, Mat buka pintu bilik air secara mendadak dan kuat bunyinya, dengan lampu yang cerah dari bilik air burung Mat terkejut dan mengelupur teruk. Mat dah risau, Jagohan dah terkejut. Sepanjang pejalanan semalam kami pandu kereta macam orang baru dapat "L" kerana takutkan burung tak selesa dan terkejut, tup-tup hari ini burung terkejut juga.

Tak nak breakfeast dulu kerana takut tak dapat tiang yang cantik, kami terus ke padang. Alhamdulillah, kami sampai awal, hanya ada 20-30 buah kereta sahaja yang tiba dulu. Dan kategori D yang saya nak masuk pun baru ada beberapa belas sankar sahaja. Padang yang mempunyai 1000 tiang ini juga digunakan semasa pertandingan piala Sultan Kelantan. Semasa pertandingan piala Sultan Kelantan banyak kategori dan lain-lain pertandingan diadakan termasuk burung tekukur, jambul, tiong mas, murai batu, ayam serama, pokok bonsai dan lain-lain. Yang menarik sekali untuk hadiah cabutan bertuah pada tahun ini sebuah Proton Saga baru adalah hadiah utama dan ratusan hadian-hadiah lain.

Hari ini hadiah cabutan bertuannya sebuah motosikal "scooter" yang beharga lebih RM3000 dan lain-lain hadiah yang menarik. Pemenang 1-5 mendapat piala dan sijil dan 5 seterusnya hadiah barangan keperluan rumah seperti kipas, rice cooker, basikal dll. Tidak seperti di bahagian selatan hadiahnya dari no 1-30 adalah piala dan hanya cabutan bertuah sahaja berangan keperluan rumah.

Kami mendaftar untuk bertanding. Semasa mendaftar kami perlu meletakkan nama burung selain nama peserta. Fikir punya fikir, saya namakan burung saya " Permaisuri". Selepas gantung burung di tiang yang tidak mempunyai cankok (agak kekok saya dibuatnya) kami tinggalkan burung dan keluar untuk bersarapan. Tips dari Nizam, kami bersarapan gulai ayam kampung di Restoran Ayam Kampung yang pertama kali saya nikmati, memang menyelerakan. Nasi yang panas, dengan kopi O, memang menyegarkan mata saya yang layu kerana memandu sepanjang malam. Disudahi dengan kuih muih kelantan yang manis-manis sebagai pencuci mulut, memang puas trip kali ini.

Selesai sarapan kami ke Rantau Panjang untuk shooping sedikit barangan keluarga. Dari Lubok Jong ke Rantau panjang hanya 10 minit pejalanan. Kami beli "TOTO" (sebutan orang KL) harga RM32 setiap satu dan beberapa helai baju anak dan isteri. Kebetulan isteri Mat sedang sarat mengandung, dan beliau hadiahkan 2 helai baju mengandung kepada isterinya.

Setiba di padang pertandingan sudah selesai. Disini pertandingan dijalankan hanya 1 setengah jam dari 9.30-11 pagi. Tunggu-tunggu keputusan, burung kami tak lekat, tak menang apa pun. Penat bercampur sedih. Burung Mat yang tadi terkejut memang sah dah terkedu, di Shah Alam baru Johan minggu sebelumya. Dari pemerhatian Nizam pun burung Mat langsung tak berbunyi. Saya pergi periksa kertas pengadil, tiang no "10" saya langsung tak di tulis walau dari satu pengadil pun, kes burung tak bunyi la ni. Nama dah cantik, Permaisuri tapi tak bunyi. Biasalah, saya dah lali dengan pertandingan, pernah beberapa tahun dahulu semasa pertandingan di Muar, Johor, sehari sebelum pertandingan burung saya rajin sangat, menekan, power sehingga dalam kereta semasa ke padang pun dia berbunyi, tetapi bila masa pertandingan dia senyap, tak bunyi. Balik, masuk kereta dia bunyi lagi, itulan burung lama saya "Sultan', dah terlepas depan rumah.

Selesai pertandingan kami terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan perasaan yang ... malas nak cerita.

sekian.

Class/ Kategori

Ada 3 class iaitu A (bersuara kasar), B (sederhana kasar) dan C (bersuara halus).
Jika di utara semenanjung seperti di Kelantan dan Thailand class D (remaja/ burung yang masih kurang berbunyi) juga dpertandingkan.

Untuk memahami dan mahir bagi membezakan ketiga-tiga class ini, peminat perlu mengambil sedikit masa untuk mendengar banyak dan pelbagai suara merbuk, kerana ianya tidak boleh di terjemahkan dengan tulisan disini.

Peminat yang baru tidak perlu malu-malu bertanya kepada yang arif dan dijemput ke padang-padang berdekatan. Kebanyakan peminat yang mahir tidak lokek ilmu, dan jangan malu-malu untuk bertanya. Malu bertanya sesat jalan kan?

Di padang Ampang kami trainning pada setiap hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad juga pada cuti umum dari jam 7.00am - 1.00pm.

Bukan setakat ilmu burung yang kami bincangkan di padang, ilmu-ilmu kehidupan, hal-hal dan peluang perniagaan, masalah keluarga, isu-isu semasa juga kami bincangkan dan meminta nasihat dari yang berpengalaman serta mencari formula terbaik untuk mengatasinya. Dengan ikatan silatulrahim ini, rezeki juga akan bertambah dengan adanya kenalan/ contect baru.... Jadi JOM ke Padang. Bak kata orang Klate Jom nggangok...

Ciri-ciri burung untuk Pertandingan

Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Salam Sejahtera.



Tujuan blog saya ini adalah untuk mencurahkan apa-apa ilmu tentang ciri-ciri burung merbuk untuk pertandingan, pemilihan, pemeliharaan, pertandingan, pembiakan (breeding), serta apa-apa je lah yang setakat saya tahu dan minta maaf jika tulisan saya ini berlainan dari pendapat saudara. Saya akan menulis bila ada masa terluang dan akan update dari masa ke semasa dan perkembangan terkini.



Ciri-ciri Burung Merbuk untuk Pertandingan

Dalam pemilihan merbuk untuk pertandingan di bahagian Lembah Klang serta Melaka dan Johor saya menggalakkan ciri-ciri berikut di beri perhatian mengikut turutan :

  1. Kerajinan
  2. Perangai yang baik
  3. Suara

Kerajinan adalah sangat penting disini berbanding pertandingn di Utara Semenanjung yang mementingkan Suara terlebih dahulu. Di sini setiap pertandingan dijalankan sebanyak 4 pusingan dan setiap pusingan lebih kurang sejam masa di berikan kepada setiap pengadil untuk memilih 25-30 burung terbaik. Markah akan di ambil dari 3 pusingan terbaik sahaja. Setiap pengadil akan mengadili 60-100 burung, jadi mana-mana burung yang rajin mempunyai kelebihan untuk mendapatkan markah yang sepatutnya, berbanding burung yang cantik tetapi tidak banyak berbunyi, perlu di ingat pengadil perlu memerhati sehingga 60-100 sankar. Kedudukan tiang anda semasa pertandingan juga memainkan faktor.

Perangai yang baik yang saya maksudkan adalah sifat burung itu terutamanya semasa pertandingan. Cotohnya ada burung yang kurang berbunyi di rumah tetapi rajin semasa di padang dan ada yang akan galak berbunyi bila ada pengadil/ perserta berhampiran tiang, sesetengah burung akan berhenti berbunyi jika ada orang menghampiri tiang. Kurangnya burung berbunyi di rumah juga satu kelebihan kerana suaranya akan lambat turun (bahasa pasar orang kat padang), maksudnya suara boleh bertahan lama. Burung juga ada yang akan galak/ form/ power masa pagi, ada yang bila terik matahari dan yang terbaik yang tidak mengira cuaca serta persekitaran, selalunya burung yang telah berusia (otai). Jdi perangai burung itu juga memainkan faktor yang penting.

Suara, di sini mungkin banyak pembaca tidak bersetuju dengan pendapat saya. Suara ke 3 penting? saya pernah dan selalu melihat perserta yang burungnya besuara biasa sahaja (dalam point 8 je) dan berharga hanya ratusan dan ada puluhan ringgit boleh mengalahkan burung yang berharga ribuan ringgit. Saya pun tidak beberapa setuju dengan cara pertandingan ini tetapi inilah hakikat pertandingan di sini. Burung yang berbunyi lebih akan mendapat markah secara konsistan walaupun point 8 berbanding burung yang cantik yang tak rajin, tak form/ kurang tekan yang hakikatnya cantik dan berharga puluhan ribu ringgit. Suara juga mestilah konsistan, jika boleh jangan pilih burung yang ada kuak , tut (kong hilang) sekejap tekan, sekejap tidak dan ada 2-3 jenis suara (macam burung Dato kamal, nama burung = Macam-Macam Ada) .

Akan tetapi jika anda boleh dapatkan burung yang bersuara Cantik, Perangai Yang baik dan rajin akan ada harapan untuk anda begelar CHAMPION.

sekian dulu, nanti sambung...